Thursday, May 23, 2013

Be Proud of Yourself Bukan Bermaksud Bongkak..

Assalamualaikum sahabat,

Alhamdulillah, tidak lama lagi aku akan menyambung pelajaran setelah hampir dua bulan aku bercuti sempena cuti semester. Syukur aku akan meneruskan pengajian aku dan masuk ke semester baru iaitu semester yang ke-4.

Apapun yang aku cuba sampaikan di sini ialah hidup kita tidak selalunya menarik dan indah ibarat cerita-cerita korea yang sekarang berlambak-lambak dekat tv mahupun di internet.  

LIVE YOUR LIFE. Itu yang aku maksudkan, hidup sepenuhnya dan MOVE ON! Walau kita ini banyak kekurangan namun hidup ini indah sekiranya kita sendiri lakarkan serta lukiskan ia dengan cara kita sendiri.
Peduli apa orang sekeliling anda kata, just be proud & have confident with yourself.

Nikmatilah selagi diberi peluang jangan tersilap langkah dengan keputusan yang dipilih dalam meneruskan liku-liku hidup yang penuh cabaran. Yakin dengan jalan yang dipilih, lantas terus tawakal kepada Allah Yang Satu, moga diberi rahmat sepanjang melalui perjalanan untuk mengutip bekalan ke hidup peringkat seterusnya, insyaAllah...

Jangan pernah menoleh ke belakang dan terus terkapai meninggalkan sekarang.

InsyaAllah, aku mengharapkan sepanjang langkahku ini..Aku inigin melihat setiap ciptaan Allah S.W.T. dengan pandangan yang berbeza iaitu dengan berbekalkan ilmu di dada. Aku akan terus melangkah walau pelbagai ranjau yang harus ku tempuh tapi aku percaya setiap perkara yang kita inginkan perlulah berusaha dan selanjutnya berdoa (kita, ibubapa, guru..) insyaAllah ada jalannya buat mereka yang sentisa mencari!

InsyaAllah, aku percaya setiap dari kita pun pasti melaui perkara yang sama cuma berbeza nasib dan takdir. Tapi sentiasa ingat Dia sentiasa Ada untuk kita mengadu samada susah ke senang..

Guys, please fight with all your might and also pray to Him!! InsyaAllah

Reset Your Own Mind

Assalamualaikum sahabat,

Alhamdulillah rasanya baru semalam aku menulis entri di blog kecilku ini.
 Hari ini, aku ingin berkongsi sedikit mengenai info iaitu mengenai hati yang dikawal oleh minda (mind)
Sejak dua menjak ini, saya sering melihat rancangan tentang kawalan minda terhadap perbuatan manusia
di kaca tv.

Begitu besar nikmat dan kurniaan ciptaan Allah S.W.T diberi kepada hambaNya.
Apa yang aku dapat kongsikan sedikit adalah sungguh kuasa pengaruh minda dalam perbuatan sehari-hari kita samada sedar atau tidak, minda yang baik akan menghasilkan tindakan serta rohani yang baik.
Justeru pengawalan minda sangatlah penting bagi memastikan hasil yang dibuat memberikan kesejahteraan kepada insan itu sendiri.

Apa yang aku maksudkan di sini dengan ingatan yang hanya mampu bertahan sekejap saja ini.
Allah S.W.T memberikan kita kelebihan berfikir terpulang kepada kita sendiri mahu berfikir secara baik mahupun sebaliknya lantas menzahirkan melalui perbuatan kita sendiri.


Secara ringkasnya, sebagai contoh melalui etika pemakaian kita seharian. Sekiranya kita berpakaian dengan pakaian yang diredhai Allah, justeru telah mencerminkan pemikiran kita secara peribadinya. 
Walaupun sesetengah insan berfikir don't judge book by its cover terutamanya dari segi pemakaian sedangkan mereka sebenarnya mempunyai hati yang baik.

Tapi percayalah, lahiriah kita yang menggambarkan MINDA kita sebenarnya. Contoh yang lain: pakaian, makanan, life style, rohani,= tidak mengikut syariat. Maka secara automatiknya kita sendiri tidak mentaati perintah Allah secara tidak sedar, nauzibillah..

Terserah kepada kita memilih jalan ke syurga mahupun ke neraka, pahala ataupun dosa samada nikmat duniawi atau syurgawi yang menjanjikan dan kekal selamanya.
Tak salah sekiranya kita mencuba asalkan tak lari dari syariat dan tepuk dada tanyalah selera.

Biarlah hidup kita tidak indah di mata orang lain atau tak sesempurna mereka yang mempunyai kemewahan, kecantikan tapi biarlah kita indah di mata Tuhan yang Esa,insyaAllah
Pilih yang terbaik.

Sunday, May 5, 2013

Happy Anniversary To Mom & Dad, Happy Birthday To Aunty yg dikasihi

Alhamdulillah tanggal 1 mei 2013, bersamaan dengan hari rabu yang lepas
Kami sekeluarga meraikan hari yang sangat istimewa meraikan insan-insan yang sangat
ku sayangi iaitu kedua orang tuaku dan juga mak cik yang ter-chenta.

Yay!! Akhirnya berjaya juga plan aku bersama bro-broku yang hensem untuk menyambut 
hari yang sangat special ini diluar. Setelah lama merancang kami pun membuat
keputusan ini pada malam hari buruh disebabkan masa itu je yang kami free.
Heehe, seronoknya bukan sebab apa sebab dapat makan free siapa yang tak suka
lagipun rezeki depan mata jangan ditolak. 

Apapun memang menjadi impian kami adik-beradik untuk membawa mereka makan luar
memandang kami ni jarang ddiberi kesempatan makan kat luar, al-maklum lah kan lebih elok makan di rumah lebih sihat dan selesa. Tapi apapun plan tersebut memang menjadi, hinggakan mak cikku yang baru 
sahaja pulang shopping sanggup turun padang.. haha 
Thanks to my lovely aunty, tak nak hampakan anak saudaranya.

Well, it's not too late to say Happy 30th Anniversary to my mom and dad dan tak lupa 
buat mak cikku. InsyaAllah, tunggulah diriku ini sudah bekerja akanku hadiahkan 
mereka sebagai tanda terima kasihku buat mereka walaupun tak sebesar mana
tapi aku harap dapat memberi mereka kebahagian.. insyaAllah hingga akhir hayat mereka. amin..

Tuesday, November 15, 2011

Ibarat Kapal Yang Bakal Belepas Di Lautan Yg Luas

Assalamualaikum,alhamdulillah syukur 
ke hadrat Allah sekali lagi
dikurniakan nyawa buat kita untuk terus
berjuang hingga akhir hayat, insyaAllah.

Ya Allah Ya Tuhanku, bersyukur kepadaMu masa aku untuk melanjutkan pelajaran
sudah tiba!!
Kini tinggal satu hari sahaja aku menghabiskan sisa aku di rumah..
Kemudian aku akan berlepas ke Kuala Pilah dgn izinNya..
Tercapai juga hasrat ku untuk menyambung kuliah yang selama ini tergendala.
Rakan seperjuangan yang lain banyak membimbing untuk terus cekal
melalui liku-liku penuh pengajaran & mencabar.
Sekurang-kurangnya juga, aku juga tidak berseorangan di sana kerana mempunyai
seorang lagi teman sekuliah,yang juga kenalan dari sejak kecil..


Alhamdulillah..mungkin ini rezeki buat kami...
Hanya satu yang aku pinta,mudahkanlah kami menuntut ilmuMu, agar
kelak ilmu itu akan kami sampaikan kepada generasi yang akan datang,insyaAllah.
Lindungilah keluargaku yang tercinta dari sebarang kemungkinan yang
memudaratkan,sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Mu Ya Allah
& yang buruk itu dari kami sendiri...
Bantulah rakan-rakan seperjuanganku yang lain memahami pelajaran
yang diturunkan oleh pendidik kami..
Jauhilah kami jatuh dalam lubang kenistaan tak kala
kami sedang mengejar cita-cita kami.
Berikanlah kami rahmatMu,&tunjukkanlah kami jalan lurusMu.


Perginya aku ke sana ibarat kapal yang belayar di lautan luas,
walaupun belayar berseorangan di lautan yang sepi namun
saiz kapal yang besar membawa makna keazamanku yang tinggi untuk
mencapai apa yang diingini,insyaAllah.
Hanya doa mengiringi kepergianku & rahmat dariNya.
Hanya kemaafan mampu ku hulurkan agar tiada lagi perasaan tersinggung
di antara kita,umat manusia..Jadi maafkan saya..

Assalamualaikum,sampai berjumpa lagi :D