Tuesday, November 15, 2011

Ibarat Kapal Yang Bakal Belepas Di Lautan Yg Luas

Assalamualaikum,alhamdulillah syukur 
ke hadrat Allah sekali lagi
dikurniakan nyawa buat kita untuk terus
berjuang hingga akhir hayat, insyaAllah.

Ya Allah Ya Tuhanku, bersyukur kepadaMu masa aku untuk melanjutkan pelajaran
sudah tiba!!
Kini tinggal satu hari sahaja aku menghabiskan sisa aku di rumah..
Kemudian aku akan berlepas ke Kuala Pilah dgn izinNya..
Tercapai juga hasrat ku untuk menyambung kuliah yang selama ini tergendala.
Rakan seperjuangan yang lain banyak membimbing untuk terus cekal
melalui liku-liku penuh pengajaran & mencabar.
Sekurang-kurangnya juga, aku juga tidak berseorangan di sana kerana mempunyai
seorang lagi teman sekuliah,yang juga kenalan dari sejak kecil..


Alhamdulillah..mungkin ini rezeki buat kami...
Hanya satu yang aku pinta,mudahkanlah kami menuntut ilmuMu, agar
kelak ilmu itu akan kami sampaikan kepada generasi yang akan datang,insyaAllah.
Lindungilah keluargaku yang tercinta dari sebarang kemungkinan yang
memudaratkan,sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Mu Ya Allah
& yang buruk itu dari kami sendiri...
Bantulah rakan-rakan seperjuanganku yang lain memahami pelajaran
yang diturunkan oleh pendidik kami..
Jauhilah kami jatuh dalam lubang kenistaan tak kala
kami sedang mengejar cita-cita kami.
Berikanlah kami rahmatMu,&tunjukkanlah kami jalan lurusMu.


Perginya aku ke sana ibarat kapal yang belayar di lautan luas,
walaupun belayar berseorangan di lautan yang sepi namun
saiz kapal yang besar membawa makna keazamanku yang tinggi untuk
mencapai apa yang diingini,insyaAllah.
Hanya doa mengiringi kepergianku & rahmat dariNya.
Hanya kemaafan mampu ku hulurkan agar tiada lagi perasaan tersinggung
di antara kita,umat manusia..Jadi maafkan saya..

Assalamualaikum,sampai berjumpa lagi :D

Monday, October 24, 2011

Buku Yang Patut Anda Miliki



Assalamualaikum,
saya ingin berkongsi mengenai sebuah buku yang menarik ini,
saya rasa setiap wanita patut miliki buku ini.

Penulis berjaya menerangkan makna yang disampaikan dari dalil-dalil
dan juga dari hadith Rasulullah S.A.W. dengan teliti dan ringkas.
Banyak pelajaran yang boleh diambil daripada buku ini.
Dari tajuk-tajuk yang kita ketahui ke
tajuk-tajuk yang kita terlepas pandang.

Wajar untuk kita sebagai muslimah untuk menjadikan 
buku ini sebagai panduan terhadap sebarang kemusykilan.
Buku ini banyak menunjukkan kewibawaan Rasullulah S.A.W
sebagai pemimpin & guru agama yang tegas
akan sebarang hukum mahupun kehidupan seharian.

Jadi tidak salah sekiranya anda juga membeli buku ini.

Friday, October 21, 2011

Pedoman Buatku


Assalamualaikum,alhamdulillah saya & para pembaca di luar sana
masih lagi diberi kesempatan oleh Allah S.W.T. untuk
meneruskan hidup ini yang penuh ujian.

Semoga anda semua dapat melaksana kewajipan kita di dunia ini
dengan lancar dan diterima oleh-Nya.InsyaAllah.

Saya ingin menulis sedikit mengenai kehidupan yang pernah dilalui oleh saya sendiri.
Tujuan saya memberanikan diri mengungkap kisah saya agar para pembaca
di luar sana mungkin dapat jadikan ia sebagai teladan.

***********************************

Tidak lama dulu, saya sama seperti anak-anak remaja perempuan di luar sana.

-Memiliki kehidupan yang sederhana,tapi mencukupi seadanya.
-Mempunyai keluarga yang penyayang & rakan yang alhamdulillah baik-baik belaka.

Boleh dikatakan kehidupan yang hampir sempurna,namun dalam hidup ini mana ada yang sempurna.
Allah S.W.T. akan berikan kepada ujian selagi kita masih berada di sini..

Dalam masa satu tahun ini,2011.Banyak perkara yang telah membuka mata saya ke arah yang lebih baik. Menjadi manusia lebih baik,matang pemikiran & menjadi hamba Allah S.W.T. taat akan perintahNya,(InsyaAllah,akan sentiasa perbaiki diri masa ke masa).

Pada awal tahun ini, kehidupan saya sebagai pelajar menengah sudah pun berakhir & kehidupan menjadi manusia di luar sekolah (tidak menjadi pelajar) baru bermula.

Semuanya bermula dengan baik,saya mencari kerja, ditemu duga,& mendapat tawaran kerja.Alhamdulillah semua sudah lalui,bukan semua insan berpeluang lalui apa yang kita lalui.Jadi saya bersyukur. 
Hampir sebulan saya bekerja di sebuah kedai makanan fraincais di Ampang, saya mengambil keputusan untuk berhenti & berehat seketika di rumah.

Tak lama selepas itu,saya ditawarkan bekerja di sekolah menengah yang dulunya saya belajar di situ. Alhamdulillah dekat sebulan saya bekerja,saya pun membuat keputusan untuk diri kerana keputusan kemasukan ke universiti kian menghampiri. Jadi,saya berhenti sebagai persiapan untuk saya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Kini tibalah detik yang dinantikan buat bekas pelajar-pelajar SPM 2010,lahir tahun 1993. Kami pun melayari internet bagi menyemak keputusan kemasukan dan tibalah giliran saya untuk mengetahui keputusannya.
                                             ***************************

Bila dibuka,ternyata saya telah gagal mendapat mana-mana jurusan yang saya telah pilih. Kesan daripada itu, saya mengalami kemurungan yang agak teruk selama seminggu. Saya juga ada membuat permohonan ke Kolej Matrikulasi,namun semua keputusan yang dikeluar menghampakan saya.



Dalam keadaan itu,hanya Allah S.W.T. sahaja yang mengetahui hati & kondisi ketika itu. Ibu & Bapa saya pun khuatir melihat saya lalu,mereka membuat keputusan untuk meminta pertolongan orang luar agar saya diberi peluang kedua untuk sambung pengajian saya. Pada masa yang sama jua,saya membuat permohonan online kemasukan ke universiti buat kali kedua untuk sesi kemasukan Julai 2011..

Mereka yang tidak berjaya hanya diberi dua pilihan saja untuk memilih jurusan yang disukai. Saya hanya menyerah segala keputusan kepada kedua orang tua saya kerana waktu itu fikiran saya bercelaru,hati saya hancur.Saya sudah menjangka yang saya tidak akan berjaya & tidak akan diterima.

Sekali saya diuji, apabila saya gagal dalam kemasukan universiti sesi Julai 2011. Setelah itu,saya bertemu dengan seorang insan yang bernama Kak Liza,saya dengan beliau terserempak di Uitm Shah Alam. Alhamdulillah,perkenalan kami melahirkan tali persahabatan yang agak akrab. Sehingga akhirnya,beliaulah membantu saya sampai belajar ke Uitm. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat ditemukan dengan beliau.
Rezeki itu akhirnya menjadi milik saya juga,saya percaya dengan bersabar,usaha & doa.Allah S.W.T. perkenankan.Mendengar khabar berita tersebut amatlah mengembirakan hati kami sekeluarga lebih-lebih keadaan atuk saya yang beransur sihat pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Dua kebahagiaan saya alami dalam masa setahun,banyak mengubah persepsi saya mengenai hidup & kehidupan selepas ini (akhirat). Alhamdulillah.

                                       **********************************

Dua minggu sebelum bulan puasa tiba, atuk jatuh sakit. Melihat keadaan beliau sungguh menyedihkan & menginsafkan diri. Keadaan atuk yang kian uzur dan tiada menunjukkan tanda-tanda positif untuk baik menyebabkan kami hanya bertawakal dengan redha dengan Qada & Qadar Allah S.W.T.. Akhirnya atuk yang hampir sebulan,tinggal di rumah mak cik saya di Ampang membuat keputusan untuk pulang ke kampung di Pahang. Agak kami sekeluarga melepaskan atuk disebabkan situasi dirinya belum pulih.

Pak cik sayalah yang tak penat,tak lelah menjaga kedua atuk & nenek.Alhamdulillah,bersyukur kerana pak cik saya sendiri sanggup meninggalkan kerjanya di Kuala Lumpur berpindah terus ke Pahang. InsyaAllah, pada masa yang terdekat pak cik saya akan melangsungkan perkahwinan.alhamdulillah.

Tak lama selepas itu,saya & abang saya buat keputusan untuk pulang ke kampung, mewakili pak cik saya yang pada masa itu kerja untuk menjaga kedua atuk & nenek. Ya Allah,Engkau sahaja yang mengetahui bagaimana atuk ketika itu..

Keputusan atuk untuk balik ke kampung memang sudah ditentukan olehNya kerana penawar itu sendiri sebenarnya berada dekat dengan beliau.Alhamdulillah kami menjumpai ubat tersebut,dan atuk semakin sihat & sekarang boleh berjalan seperti biasa cuma tidak boleh bekerja keras seperti dulu lagi. Terima kasih Ya Allah itu pun sudah memadai asalkan atuk & nenek sihat.

Daripada situlah,saya mula matang dalam membuat keputusan.Saya amat percaya bahawa ujian yang Allah Taala berikan merupakan salah satu nikmat yang mengajar kita.Tak mungkin dia berikan rahmat terhadap hambaNya tanpa diuji bukan? Sedangkan Rasulullah S.A.W amat berpegang teguh akan seruan Dia juga diuji apatah lagi kita hambaNya.

Allah buka mata & hati saya untuk saya mengenal diri Dia dengan ujian sebegini rupa. Sabarlah wahai insan!
                                         

                                                 %%%%%%%%%%%%%%%%%%%

#Hidup merupakan teras untuk kita menjalani kehidupan di akhirat, kutip seberapa banyak pahala yang ada,yang mungkin kita sendiri tidak sedar bahawa pahala itu sudah ada depan mata.Sesungguhnya kehidupan akan datang lebih bahagia daripada sekarang. Berdoa,sabar & usaha,tonik untuk kita mukmin berjaya,InsyaAllah.

@Wallahualam, sesungguhnya perkara buruk datangnya dari saya,dan kebaikan semuanya dari Dia.Maafkan saya jika tersilap.Saya cuma mahu berkonngsi pengalaman saya buat anda. Terima kasih kerana sudi membaca.

Wednesday, October 19, 2011

Assalamualaikum,sahabat..

Assalamualaikum,
tiada kata yang boleh diungkapkan
hanya dengan berterima kasih kepada Allah S.W.T.
kerana masih memberikan kita para blogger
yang dikasihi sekalian dengan limpah
rahmat & kasih Nya
buat kita.

Agak panjang mukadimah tadi,sekadar kata-kata pemanis permulaan
buat pembaca di blog kecil saya ni.

Tentu mereka yang mungkin mengenali saya terkejut.
Mengapa saya menutup akaun blog &
membukakan sebuah blog yg baru?
Tapi buat mereka yang tidak mengenali saya
Saya ucapkan selamat datang & selamat berkenalan 
Wahai Sahabat

Alhamdulillah,hati saya terbuka menulis blog ini adalah
kerana saya ingin berkongsi ilmu bermanfaat
bersama para blogger dan bukan para blogger juga!

Saya berharap sangat agar anda
di luar sana dapat mengikuti malah 
jua dapat memberi maklumat berguna 
supaya kelak dijadikan panduan
buat kita semua mukmin & muslimat
InsyaAllah.

Akhir kata,
hiasilah tiap-tiap hari anda dengan lagu-lagu 
 daripada ayatul Al-Quran,
semoga hidup kita dipenuhi dgn barakah daripada-Nya.
InsyaAllah.