Assalamualaikum sahabat,
Alhamdulillah, tidak lama lagi aku akan menyambung pelajaran setelah hampir dua bulan aku bercuti sempena cuti semester. Syukur aku akan meneruskan pengajian aku dan masuk ke semester baru iaitu semester yang ke-4.
Apapun yang aku cuba sampaikan di sini ialah hidup kita tidak selalunya menarik dan indah ibarat cerita-cerita korea yang sekarang berlambak-lambak dekat tv mahupun di internet.
LIVE YOUR LIFE. Itu yang aku maksudkan, hidup sepenuhnya dan MOVE ON! Walau kita ini banyak kekurangan namun hidup ini indah sekiranya kita sendiri lakarkan serta lukiskan ia dengan cara kita sendiri.
Peduli apa orang sekeliling anda kata, just be proud & have confident with yourself.
Nikmatilah selagi diberi peluang jangan tersilap langkah dengan keputusan yang dipilih dalam meneruskan liku-liku hidup yang penuh cabaran. Yakin dengan jalan yang dipilih, lantas terus tawakal kepada Allah Yang Satu, moga diberi rahmat sepanjang melalui perjalanan untuk mengutip bekalan ke hidup peringkat seterusnya, insyaAllah...
Jangan pernah menoleh ke belakang dan terus terkapai meninggalkan sekarang.
InsyaAllah, aku mengharapkan sepanjang langkahku ini..Aku inigin melihat setiap ciptaan Allah S.W.T. dengan pandangan yang berbeza iaitu dengan berbekalkan ilmu di dada. Aku akan terus melangkah walau pelbagai ranjau yang harus ku tempuh tapi aku percaya setiap perkara yang kita inginkan perlulah berusaha dan selanjutnya berdoa (kita, ibubapa, guru..) insyaAllah ada jalannya buat mereka yang sentisa mencari!
InsyaAllah, aku percaya setiap dari kita pun pasti melaui perkara yang sama cuma berbeza nasib dan takdir. Tapi sentiasa ingat Dia sentiasa Ada untuk kita mengadu samada susah ke senang..
Guys, please fight with all your might and also pray to Him!! InsyaAllah
No comments:
Post a Comment