Alhamdulillah rasanya baru semalam aku menulis entri di blog kecilku ini.
Hari ini, aku ingin berkongsi sedikit mengenai info iaitu mengenai hati yang dikawal oleh minda (mind)
Sejak dua menjak ini, saya sering melihat rancangan tentang kawalan minda terhadap perbuatan manusia
di kaca tv.
Begitu besar nikmat dan kurniaan ciptaan Allah S.W.T diberi kepada hambaNya.
Apa yang aku dapat kongsikan sedikit adalah sungguh kuasa pengaruh minda dalam perbuatan sehari-hari kita samada sedar atau tidak, minda yang baik akan menghasilkan tindakan serta rohani yang baik.
Justeru pengawalan minda sangatlah penting bagi memastikan hasil yang dibuat memberikan kesejahteraan kepada insan itu sendiri.
Apa yang aku maksudkan di sini dengan ingatan yang hanya mampu bertahan sekejap saja ini.
Allah S.W.T memberikan kita kelebihan berfikir terpulang kepada kita sendiri mahu berfikir secara baik mahupun sebaliknya lantas menzahirkan melalui perbuatan kita sendiri.
Secara ringkasnya, sebagai contoh melalui etika pemakaian kita seharian. Sekiranya kita berpakaian dengan pakaian yang diredhai Allah, justeru telah mencerminkan pemikiran kita secara peribadinya.
Walaupun sesetengah insan berfikir don't judge book by its cover terutamanya dari segi pemakaian sedangkan mereka sebenarnya mempunyai hati yang baik.
Tapi percayalah, lahiriah kita yang menggambarkan MINDA kita sebenarnya. Contoh yang lain: pakaian, makanan, life style, rohani,= tidak mengikut syariat. Maka secara automatiknya kita sendiri tidak mentaati perintah Allah secara tidak sedar, nauzibillah..
Terserah kepada kita memilih jalan ke syurga mahupun ke neraka, pahala ataupun dosa samada nikmat duniawi atau syurgawi yang menjanjikan dan kekal selamanya.
Tak salah sekiranya kita mencuba asalkan tak lari dari syariat dan tepuk dada tanyalah selera.
Biarlah hidup kita tidak indah di mata orang lain atau tak sesempurna mereka yang mempunyai kemewahan, kecantikan tapi biarlah kita indah di mata Tuhan yang Esa,insyaAllah
Pilih yang terbaik.
No comments:
Post a Comment